Assalamualaikum...have a nice day...



Friday, December 25, 2015

Jalan-jalan ke Tanjung Piai




Finally, I got to persuade my son to go for a short sightseeing...lure him out of the comfort of his bedroom ;-)

24 Dis 2015, me and my son akhirnya sampai ke Tanjung Piai, Pontian. Rasanya tempat ni dah terkenal. Maklumlah, tanah paling selatan dalam benua Asia. Dari mula cuti akhir tahun penggal persekolahan lagi aku dah pujuk-pujuk bujangku itu agar mengikut maknya ni jalan-jalan sekitar Malaysia ku tercinta...tapi semua dia tak layan. Jealous beb tengok orang lain penuhkan cuti sebulan lebih dengan ronda-ronda Malaysia dari hujung ke hujung...yang aku ni dok terperuk menghadap kerja..huu

So..setelah berjaya memujuk dia, kami pun memulakan misi perjalanan yang tak la jauh sangat...Batu Pahat ke Pontian je. Gerak jam 2.46p.m., sampai tempat parking Tanjung Piai jam 4.50p.m. Perjalanan tak sukar kalau dari Batu Pahat. Drive trus je sampai jumpa simpang masuk ke Tanjung Piai di sebelah kiri (Exit J111), terus lagi 500m dan nampak masjid di sebelah kanan, masuk simpang di sebelah masjid tu (ada papan billboard besar). (Sidekick a.k.a cameraman aku x berfungsi pada ketika ini jadi tak ada la apa-apa gambar bahan bukti).

Ni la laluan masuk ke Taman Negara Tanjung Piai tu setelah berjumpa signboard seperti di atas. 
Kawasan parkir yang luas.
Ucapan "Selamat Datang" menyambut ketibaan pengunjung.

Nak bagitau ni, pengunjung-pengunjung kena beli tiket di kaunter masuk. Untuk dewasa berharga RM5, kanak-kanak tak tau la pulak sebab lupa nak tengok memandangkan kami berdua dikira dewasa walaupun anak aku ni patutnya kira harga student la kan. Nak snap gambar kat kaunter tu pun tak jadi sebab cameraman yang aku bawak ni pemalu...hadoii.. Mesti ada antara korang yang tanya kenapa tempat macam ni pun nak kena bayar tiket kan..sebenarnya bayaran tiket ni bukan untuk kaut untung, tapi lebih kepada untuk menampung kos penyelenggaraan dan pemuliharaan Taman Negara ni. Kalau nak terangkan satu-satu jadi panjang la pulak blog ni kan..so pikir sendiri la ye..he he
Ada pengunjung yang terus masuk (naik atas) tanpa membeli tiket. Jadi, mereka terpaksalah turun semula ke kaunter tiket...nasib baik tak jauh jarak antara kaunter tiket dengan entrance. Kalau tak, lenguh gak la lutut pakcik..ish..ish..ish
Ni la tiket masuk..bila dah pegi kat entrance (sebelah atas) ada petugas di sana yang akan lubangkan tiket-tiket ni..baru la boleh jalan-jalan..yippeee!!

Lokasi wajib bergambar kalau dah sampai sini (Nampak bulat pulak muka aku..kena buat face exercise ni)

Sebelum masuk, kena pegi toilet dulu...so traditional hokeyy..rasa macam zaman dulu2...nak pegi toilet pun rasa mendamaikan.. (rupanya kat sebelah dalam selepas entrance pun ada toilet zaman moden, rasa macam duk 2 zaman lak..)
Ok...time to go in...
 

 Suasana di Bilik Taklimat.

 Laluan-laluan masuk ke hutan paya bakau.






Baru je masuk area hutan, terpandang kata-kata ini....adakah kerana pihak pengurusan peminat Liverpool...atau...(jangan biarkan diri anda diselubungi misssteriii...)

* Harap korang tak bosan tengok muka aku...banyak lagi gambar nak share ni...he he he
Menara Peninjau yang cuma boleh muat 10 orang sahaja (sebenarnya boleh muat lebih tapi risiko la kalau runtuh walaupun binaan menara ni memang kukuh...jangan takut..)
Berjalan lagi menuju destinasi seterusnya....tepi pantai..

Sepanjang laluan, pengunjung akan melihat sampah sarap bertaburan di celah-celah pokok-pokok bakau...inilah salah satu fungsi pokok bakau, sebagai benteng pengumpulan sampah (moral of the story: jangan buang sampah merata-rata, sampah anda mungkin hilang dari depan mata anda tetapi tidak mungkin hilang dari alam sekitar)

* Jangan anggap aku kejam kalau aku cadangkan kepada pihak Taman Negara supaya pengunjung tidak dibenarkan membawa sebarang botol air pakai buang atau plastik-plastik bekas makanan sebelum masuk ke kawasan hutan paya bakau ni. Sampah sarap yang sedia ada tu dah tentu la sampah hanyut, so takkan pengunjung nak tambah lagi..kan..kan

Nampak globe kat nun jauh di belakang model muka masam tu? Tu la satu lagi destinasi yang wajib dikunjungi tanda pengunjung dah sampai ke titik paling hujung di tanah besar benua Asia....tu la tempat yang aku nak pegi ni...sebelum tu posing dulu...he he he
Nampak tak globe tu...takde orang la...best nak posing2 ni...hi ho
Benteng sedang dibina

Apaaa!! The globe area is under renovation....tak tercapai hajat ku...sob...sob

Ermm....jam pun dah menunjukkan hampir jam 6 ptg menandakan Taman Negara akan ditutup...so, marilah kita pulangggg....

Sebelum balik, kami singgah makan ikan bakar dulu....nyummmm...Alhamdulillahh..






Monday, June 9, 2014

Up the hill....Gunung Banang Batu Pahat

Hari-hari aku lalu sini setiap kali balik kerja. Tapi tak pernah ku tahu ada tempat beriadah dekat-dekat kawasan Jalan Minyak Beku ni. Maklumlah, yang terbentang kebanyakannya adalah kawasan bukit-bukau yang digondolkan dan ada yang diratah batu-batannya sedikit demi sedikit. Rasa kesal juga..tapi apalah daya golongan marhein macam kita ni kan..

Oppss...sebenarnya nak cerita tentang laluan beriadah ke puncak Gunung Banang. Kalau tanya orang Batu Pahat ni ada yang kata itu Bukit Banang. Tak tahu la pulak yang mana satu sebenarnya. Ketinggian kawasan beriadah ni lebih kurang 2900 meter dari aras laut. Lenguh juga la kaki nak sampai puncak sebab banyak kawasannya yang curam. Rasa macam berat kepala ditarik graviti.

Hari ni pun tiba-tiba boleh datang ke gunung ni sebab hantar anak untuk latihan stamina sebagai persediaan sebelum dia bersama guru dan kawan-kawannya menyertai Program Eksplorasi Puncak Gunung Stong pada 11 hingga 14 Jun 2014 nanti. Dah alang-alang hantar anak dan kerana teruja pertama kali sampai sini, aku pun ikut serta naik ke puncak.

Jalan bertar terbentang sepanjang laluan hingga ke puncak kerana di puncaknya terdapat kawasan menara pencawang Telekom. Lupa nak set berapa jam naik ke atas sebab dah tau sangat dah, dengan kudrat di hujung-hujung 30an ni ditambah dengan kurangnya latihan fizikal, memang mencabar juga la. Mengah. Naik rasa nak merangkak. Tapi....aku gagahi juga. Mencabar diri.

Akhirnya sampai juga di puncak gunung.

Kebetulan, pegawai Telekom sampai semasa rombongan kami melepaskan lelah di hadapan pintu pagar menara. Encik Jaafar nampaknya berminat dengan aktiviti mendaki dan menawarkan untuk turut serta ke Gunung Stong sekiranya cuti beliau diluluskan. Kemudian, beliau bawa kami buat lawatan singkat di sekitar kawasan. Kami sedar itu kawasan larangan orang awam jadi kami pun tidaklah berlama-lama di situ.

Sampai waktunya untuk kami turun. Melirik jam di handphone ni..dah pukul 12 lebih rupanya..lama juga masa yang kami habiskan untuk perjalanan naik termasuk lawatan singkat tersebut.

Aduhh...nak turun ni laju je kaki...seakan berlari anak pun ada. Laluan curam menyebabkan kaki terpaksa melangkah laju. Sakit juga lutut kerana mengawal dan menyeimbangkan kaki dan badan. Tapi akhirnya sampai juga ke kaki gunung. Alhamdulillah.

Pemandangan di sana? Selain daripada penuh dengan pokok-pokok hutan yang tinggi dan melata, di mana-mana saja terdapat ulat bulu yang tergantung, yang sedang makan daun dan yang sedang menggeliang geliuk di atas tar. Banyak juga yang telah mati samada dipijak atau dilanggar oleh kenderaan pekerja-pekerja Telekom yang naik dan turun. Selain daripada itu tiada pemandangan bandar Batu Pahat yang dapat diintai dari celah-celah pokok tinggi. Untuk menikmati pemandangan bandar hingga ke Selat Melaka, pengunjung boleh melalui kawasan tepi pagar Telekom setelah sampai ke puncak. Menurut Encik Jaafar, sekiranya berlaku serangan ke atas bandar Batu Pahat, pastinya menara pemancar itu akan diserang dahulu untuk melumpuhkan sistem komunikasi. Jadi di situ ditempatkan berek askar dan polis yang kini sudah jadi kawasan kerja Telekom sepenuhnya. Terdapat juga beberapa kubu pertahanan untuk para tentera berdepan dengan musuh.

Cakap saja tanpa bukti nanti orang tak percaya kan.. Lihatlah gambar-gambar yang dipaparkan di sini. Tetapi gambar di kawasan pemancar Telekom tak boleh la dipaparkan. Faham-faham sajalah..kawasan larangan..so..no camera, please..

Saturday, October 12, 2013

Yang terindah buat diriku

https://www.youtube.com/watch?v=m9vXbhf_zKw&feature=youtube_gdata_player