Secara kebetulan, kumpulan kami dalam Tutorial Pendidikan Jasmani dikehendaki membentangkan TOPIK 9: PEMBESTARIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI. Marilah kita kongsi bersama-sama.
9.1 Pengenalan Konsep, Matlamat dan Pelaksanaan Pengajaran pembelajaran Sekolah Bestari
• sebuah institut pembelajaran yang mengamalkan perubahan yang sistematik daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan untuk membolehkan pelajar menangani cabaran era teknologi maklumat (Mohd Sani Ibrahim,1998)
9.1.1 Definisi dan konsep
• mengikut acuan tersendiri-dari segi pengurusan dan p&p
• amalan pembelajaran bestari-p&p yang sentiasa mencabar minda
• konsep gaya pemikiran murid-beri ruang murid berfikir secara KBKK
Istilah sekolah bestari diubahsuai mengikut keadaan tempatan, keperluan pendidikan serta keperluan teknologi dan kurikulum.
9.1.2 Objektif Pelaksanaan Sekolah Bestari
• Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
• Membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat
• membangunkan modal insan yang seimbang JERI
9.1.3 Konsep dan Matlamat Pengajaran dan Pembelajaran Bestari
• konsep institusi pendidikan yang direka semula dari segi pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah
• gaya pembelajaran berasaskan pelajar
• tumpuan lebih kepada pencarian maklumat, daya fikir, kreativiti, penyayang dan literasi ICT.
Sekolah Tradisional
Gaya pembelajaran:
*Tumpuan hafalan
*Tumpuan pengetahuan
Ciri-ciri:
*Pembelajaran berasaskan guru.
*Guru sebagai penyimpan maklumat.
*Perkongsian maklumat secara konvensional dan terhad.
Sekolah Bestari
Gaya pembelajaran:
*Tumpuan pada maklumat
*Daya fikir dan kreativiti
*Penyayang
*Literasi teknologi
Ciri-ciri:
*Sekolah dihubungkan dengan LAN untuk perkongsian maklumat antara warga sekolah-meningkatkan kualiti p&p.
*Sekolah dihubungkan dengan WAN-membolehkan guru dan pelajar mendapat maklumat dari rumah.
*Disesuaikan dengan kehendak guru, pelajar,pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi.
*Guru sebagai fasilitator yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri.
*Pentadbir sebagai pengurus berkesan.
9.2 Elemen-elemen dalam Pembelajaran Bestari
- 4 elemen penting:
a) Ciri-ciri pelajar
b) Pendekatan pelajaran
c) Strategi pembelajaran
d) Integrasi kemahiran generik
9.3 Pembestarian Pendidikan Jasmani
Guru Pendidikan Jasmani perlu merancang aktiviti berdasarkan ciri-ciri pelajar dengan menganalisis, membuat pengamatan dan pemerhatian. Bagi pelajar visual, guru boleh merancang aktiviti mengajar menggunakan perisian multimedia interaktif tentang teknik-teknik sukan dalam Pendidikan Jasmani. Bagi pelajar audiotori, guru boleh meminta pelajar melatih teknik yang dipelajari.
Bagi menggalakkan kemahiran KBKK, guru boleh menyediakan soalan mencabar dan memerlukan kajian. Sebagai contoh, kenapa pemain badminton yang rendah seperti Razif Sidek boleh serasi dengan Jalani Sidek yang lebih tinggi dan menguasai arena badminton dunia suatu ketika dulu. Bagi mencari jawapan ini, pelajar akan menggabungkan teori Sains dengan sukan dan mencari jawapan secara mengakses maklumat di internet (kaedah pembelajaran berbantukan komputer).
No comments:
Post a Comment