Assalamualaikum...have a nice day...



Saturday, July 31, 2010

Lamanya....2


Sambutan 100 tahun Sekolah Kebangsaan Peserai...

Alhamdulillah, akhirnya berjaya dilaksanakan. Bermacam-macam cerita suka dan duka dikongsi bersama oleh warga SKP dahulu dan sekarang. Bermacam-macam cerita juga dapat dilihat sepanjang pelaksanaan majlis. Manusia tiada yang sempurna, jadi, segala kesilapan haruslah dijadikan pengajaran, teladan dan sempadan. Simpan sajalah segala rungutan yang didengar..bukan apa..luahan perasaan orang-orang yang rasa teraniaya walaupun tiada siapa pun yang ada masa nak menganiaya orang lain (?) Semoga kita semua akan jadi lebih matang seiring dengan waktu dan pengalaman yang dikutip di sepanjang perjalanan.

Majalah Kemilau Bestari Edisi 1 sempena 100 tahun SK Peserai telah berjaya disempurnakan dan telah pun dirasmikan pelancarannya semalam (30 Julai 2010) oleh Tn Hj Shapie, PPD Batu Pahat. Terasa amat berbangga kerana dapat mencipta sejarah! Sebagai antara individu yang terlibat secara langsung, masih terasa detik-detik di setiap waktu kami berusaha dari detik mesyuarat pertama. Mengumpul maklumat, mencari penaja, menggabung idea dan akhirnya Kemilau Bestari dapat direalisasikan. Terima kasih semua di atas pengalaman indah ini. Pengalaman yang mahal harganya, semahal keringat dan air mata yang tumpah walau pun sejarah yang tercipta adalah lebih mahal dari segalanya..apa pun, jutaan maaf dipinta sekiranya ada yang kurang memuaskan hati dari segi penerbitan mahupun penulisan di dalamnya. Kita hanya mampu merancang, banyak perkara yang perlu dijaga dan difikirkan.

Tahniah kepada semua...gembira bekerja dengan anda semua...semoga ini akan jadi kenangan terindah dan termahal buat kita semua untuk 100 tahun yang akan datang...

4 comments:

  1. Tahniah cikgu diatas kejayaan & usaha yg telah cikgu curahkan tuk melaksanakan majlis 100 thun SKP yg begitu meriah..=)

    ReplyDelete
  2. kalau la bleh buat tiap2 tahun..kan lebih meriah..Hari Ulangtahun Penubuhan SK Peserai...kna rujuk sejarah penubuhan ni..cari maklumat tepat tarikh pembukaan SKP

    ReplyDelete
  3. Tentu boleh. Boleh beri email untuk mendapatkan makluman

    ReplyDelete
  4. Anonymous, kalau ada apa2 makluman boleh email ke ryant7755@gmail.com. terima kasih.

    ReplyDelete